selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Rabu, 18 November 2009

selamat berjuang untuk SPM & STPM

SPM & STPM datang lagi. tiap2 tahun akan menjelma juga bukan. cuma yg akan berubah adalah 98% yang akan mendudukinya. 2 jenis exam yang akan menentukan haluan hidup generasi barisan hadapan negara. ada yang akan sedar tanggungjawabnya dan telah ada target selepas peperiksaan. tapi ada juga yang masih tercari-cari haluannya. hanya pasrah dan berserah dengan keputusan yang akan diterima saja.
peranan ibubapa, guru dan kawan2 diperlukan untuk membimbing antara satu sama lain.

apa sekalipun yang akan dilalui, saya doakan kejayaan dan ketenangan sepanjang berdepan dengan soalan dan menjawabnya dengan keyakinan dan persediaan yang telah ada.
insya allah.

Selasa, 3 November 2009

MAZA tiada tauliah tapi xavier ada toliah



apakah pendapat anda dengan gambaq nie. tentu anda akan rasa hebat. islam berjaya menarik seorang kafir bagi ceramah dalam masjid tetapi menghalang seorang ilmuan agama islam untuk menyebarkan syiar islam.
apakah 'syiar' yang disebarkan oleh xavier nie sampai ahli-ahli kariah boleh duduk dan tunduk?!!!

'mission imposible' to MAZA

seorang bekas mufti dan seorang mendapat pengiktirafan kedoktoran dalam ilmu agama ditangkap kerana tiada tauliah menyampaikan agama oleh JAIS. yang lebih mengejutkan lagi adalah penangkapan dr MAZA ini oleh JAIS masih lagi belum jelas sebenarnya tujuan tangkapan dibuat. kata orang kuat JAIS 'kerana tiada tauliah'.
apabila 'dihadirkan' kemahkamah pun tiada kes yang dapat dibuat kerana 'kes masih dalam siasatan'. jadi JAIS tangkap tu untuk apa sebenarnya. adakah kerana ada orang JAIS ni yang dah lama tak keluar paper & tv @ JAIS dah lama tak glamor.
'BENGONG' betul orang yang bagi arahan tangkapan kerana menyebabkan orang yang pergi untuk membuat tangkapan bertambah-tambah bingung. mungkin selepas ini rakyat Negeri selangor akan disuruh berdiam jika bercakap tentang hal-hal agama kerana ' ANDA TIADA TAULIAH CAKAP PASAL AGAMA'. Eh..Selangor kan dibawah PKR yang cintakan agama???