selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Isnin, 24 Mei 2010

Lompat Parti : Selesai Tapi Tak Puas Hati





Selama ini, PKR disisihkan tidak diberi perhatian dan ini mengakibatkan kebanyakan ADUN PKR berasa tidak puas hati. Sekarang PR harus ingat walaupun sumbangan PKR kepada PR Kedah hanya 20 peratus tetapi tanpa jumlah itu, Pas tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan di Kedah.
“Agihkan peruntukan dan beri bantuan kepada semua ADUN dengan adil. Dengan cara itu semua rakyat dapat di bantu. Dalam satu parti politik, semua parti yang bergabung harus bekerjasama. Sekira ini tidak dapat dilaksanakan, tidak ada gunanya gabungan itu diwujudkan,” kata Lim Soo Nee ADUN Kulim dalam 'usrah' yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam.
Mungkin dengan amaran dari ADUN PKR Kulim itu barulah Azizan tersentak dalam tepukan gemuruh penyokong-penyokong PAS yang mendominasi 'majlis usrah' di Kota Sarang Semut. Soo Nee benar-benar telah menggunakan pentas 'DUN Kedah Bubar' untuk memberi gambaran yang jelas kepada kepimpinan PAS tentang masalah pentadbiran dan kepimpinan Kerajaan Negeri PAS. Supaya Kerajaan PAS Kedah tidak menganaktirikan PKR dalam urusan pengagihan kekayaan kepada PR.

Soo Nee juga mengajak Azizan supaya tidak menyalahkan orang yang mahu lompat parti. Sebaliknya mengkaji kenapa orang itu mahu lompat parti. Manakala saranan Soo Nee supaya diadakan 'post mortem' bagi melihat kembali kepincangan Kerajaan PAS Kedah telah ditolak dengan lembut oleh Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah serta Azizan.

Nampaknya majlis 'usrah' di Kota Sarang Semut selesai tapi tiada penyudahnya. kerana PAS yang mendominasikan majlis itu bagaikan menjawab pantun secara kiasan sahaja tanpa memberikan jawapan yang pasti.

Bagaimanapun yang akan meninggalkan kesan bukanlah soal lompat parti tapi ceritera katak, jebon dan ketam batu azizan yang bila didengar sedap perut untuk ketawa tetapi sebaiknya itu adalah jawapan azizan kepada 4 katak yang dikatakan akan melompat masuk ke dalam lubang ketam batu tetapi telah sempat ditangkap oleh jebon yang perangai jebon ini suka makan kepala saja....hidup-hidup!