selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Isnin, 26 April 2010

Peralihan Sokongan Kepada BN




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor sebagai kemenangan yang membawa serti yang besar kepada BN.

“Kalau kita lihat pada 2008 dan kali ini bukti sudah berlaku peralihan sokongan kepada BN menghampiri 2,000 undi.

“Kita bertanding di sebuah negeri pembangkang, kalau dulu kita bertanding di negeri yang kita kuasai dengan kemenangan ini kita bersungguh-sungguh untuk memenuhi amanat rakyat yang kita mesti ambil serius dan laksanakan semua janji serfta jangkaan dan harapan rakyat dari segi kebajikan dan pembangunan,” katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan keputusan PRK Hulu Selangor di Kompleks Serbaguna Hulu Selangor, di sini, malam ini.

Pengerusi BN itu berkata, kejayaan itu membuktikan pengundi tidak menerima budaya fitnah. “Tahniah kepada jentera BN dan semua komponen parti, termasuk semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung terlibat.

“Lihat calon berwibawa perwatakannya cepat menawan hati penduduk dan saya yakin ‘kamal’ mampu melaksanakkan tanggungjawab serta dapat mengetengahkan masyarakat Hulu Selangor.”

Menjawab satu soalan, Perdana Menteri akui sokongan pengundi cina kurang.

Beliau seterusnya berkata, BN akan membuat analisa dan tidak mahu membuat kesimpulan dengan cepat. “Walaupun di peti undi kawasan Cina kita kalah, saya percaya berlaku peningkatan. Saya tengok pada Hari Penamaan Calon dan pengumuman keputusan malam ini sudah ada perubahan.

“Saya yakin majoriti akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau kita buat kerja, tentu tiada masalah.”