selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Ahad, 14 November 2010

Apakah? : Hadi Awang Penyokong Kafir

Sekian lamanya, blog ini tidak disentuh. Hanya kerana inginkan tumpuan pada kerja yang lebih kepada masyarakat. Tetapi hari ini satu kejutan akan berlaku...

Apakah akan marah ahli-ahli PAS apabila melihat tajuk di atas. PAStinya marah. Apakah akan marah orang-orang Islam @ muslim @ mukmin apabila dikatakan dia kafir. Dah tentunya dia marah. Tetapi apakah yang akan diakatakannya apabila yang menuduh orang Islam sebagai kafir itu adalah orang yang disanjung sebagai ulamak. Apakah lidah seorang ulamak itu begitu ringan untuk menyebut orang yang lain yang bukan dalam kelompoknya sebagai kafir. Apakah apabila digelar sebagai ulamak dengan mudahnya boleh menjatuhkan hukum kafir pada orang lain. Apakah semua orang mengiktirafkan manusia ini sebagai ulamaknya.????
Sedih bila membaca harakah (lidah PAS) apabila pemimpin yang namanya dihormati, akhirnya tersungkur dengan keserakahan nafsu, kegelojohan hati akibat mengikut dari telunjuk iblis laknatullah..... "kalau sama sahaja kita dengan UMNO, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah....." (harakah 13/11/2010).
Bila membaca lidah-lidah syaitan seorang guru ini maka timbul kesedaran bahawa PAS yang dizahirkan mewakili orang-orang Islam akan menjadi Parti Yahudi. Kerana sikap Yahudi yang menolak Muhammad SAW sebagai Nabi dan merampas dengan mengikut perancangan syaitan adalah nyata. Apakah ini wajah pemimpin yang sedang memuncak untuk menjadikan Malaysia seperti Palestin. Apakah Hadi Awang lebih mendewa-dewakan Kafir DAP dan mengkafirkan orang Islam yang lain???
Allahuakbar.... azan zohor telah bergema.
saya tinggalkan untuk renungan Hadi Awang dan sesiapa yang membaca tulisan ini dengan satu Hadis dari Abu Dawud & At-Tabarani :"Rasulallah SAW berkata : Dan sesiapa yang berkata kepada orang mukmin apa yang tidak ada padanya, maka Allah menempatkannya di dalam keringatnya ahli-ahli negaka hingga ia keluar dari apa yang dikatakan".

Jumaat, 25 Jun 2010

PAS Kepanasan, 40 Ulamak Sertai UMNO




http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/gallery/index3.php#

Apa yang nak dikatakan lagi. Yang terang lagikan bersuluh. Segala-galanya dah terjawab. ULAMAK MASUK UMNO. Satu berita yang menggembirakan. Satu tsunami yang menggoncang pemikiran orang-orang PAS. Mengapa ulamak masuk UMNO? Mengapa tak masuk PAS?!!!
Kini dah jelaslah pada kita, bahawa golongan muda yang banyak menimba ilmu agama telah dapat melihat dengan jelas apakah wadah sebenar perjuangan PAS. Ulamak PAS bukannya ulamak agama tetapi ulamak politik yang berjanggut (katanya ikut sunnah) dengan minda dan hati busuk untuk mengejar katamakan kuasa sahaja. Bukan perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Tetapi berjuang untuk mengembongkan perut dengan cara 'memperbodohkan rakyat' yang dahagakan Islam sebenar. Hakikatnya pada hari ini, golongan ulamak PAS akan berusaha untuk mengkafirkan lagi ulamak-ulamak muda yang masuk UMNO.
Yang Benar tetap Akan Benar. Jika semakin lantang orang-orang PAS mengkafirkan ahli UMNO maka akan semakin banyaklah pula Ulamak-Ulamak berpelukan dengan sahabat kafir mereka.
Selepas ini sudah tentu akan berlaku bermacam-macam roadshow dari ulamak-ulamak PAS untuk 'cover' balik fenomena yang berlaku. Dan tentunya dalam jelajah mereka ini, akan mengaitkan keburukan ulamak-ulamak muda (yang telah terang dengan sikap busuk ulamak PAS) akan dijadikan sebagai role model untuk ejekan dan penghinaan. Bersabarlah ulamak muda. Ini adalah dugaan pertama yang akan dilalui apabila kita bersama-sama mahu menegakkan kebenaran Islam. Ambillah contoh pada diri Datuk Harussani, biarpun dicaci, dipersenda, dikafirkan oleh ulamak-ulamak PAS, tetapi beliau tetap berdiri dengan teguh. Kerana beliau faham dan telah masak dengan kebusukan hati ulamak-ulamak PAS.

Rabu, 9 Jun 2010

NIK AZIZ DAPAT LAMPU HIJAU








KOTA BARU: Peranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pentadbiran kerajaan negeri itu masih memerlukan kepimpinan dan ketokohan Nik Abdul Aziz.
"Kami di Kelantan masih berharap agar Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kekal (sebagi Menteri Besar).
"Rakyat Kelantan amat memerlukan ketokohan Tok Guru... Jadi kami harap sangat agar Tok Guru terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya kepada mStar Online

Begitu diplomatik dan sopannya cara ulasan Timb. Pesuruhjaya PAS 3 PAS Kelantan untuk memberitahu dan mengumumkan 'keperluan' kepada Nik Aziz. Dalam riuh takbir penyokong2 PAS, sebenarnya mereka telah terlepas pandangan bahawa itu adalah isyarat terakhir Dato Mohd Amar kepada Nik Aziz. Hanya Lambaian senyuman pahit sahaja yang mampu diberikan oleh Nik Aziz atas ucapan diplomatik itu. Apa yang dapat nak dikatakan lagi, sudah adatnya begitu, lama dan nyanyuknya Nik Aziz sudah mula dirasai oleh golongan 'muda'nya.

Tetapi bagi pihak yang berlawanan seperti Barisan Nasional 'permintaan' Pesuruhjaya PAS 3 itu akan mengurangkan kelemahan dalam PAS. Tentunya juka Nik Aziz berundur, maka akan semakin hilanglah 'pembohongan ulamak PAS pada rakyat dan anggukan takut PAS pada orang kafir DAP. Rugilah macam nie.

Bagi pemimpin-pemimpin PKR sudah tentu lain pula, pengunduran Nik Aziz akan membuka ruang yang lebih luas untuk merekrut ahli PKR dari kalangan ahli-ahli PAS. Kerana jika masa kekuasaan Nik Aziz tentunya pemimpin-pemimpin PAS tak berani nak lebih mesra dengan Anwar, dan Anwar juga tentunya malu untuk bersemuka dengan NIk Aziz yang lebih suka pintu depan dari pintu belakang.

Bagaimanapun tahniah pada Dato mohd Ammar kerana beliau adalah anak jantan PAS pertama yang berani bersuara bagi membayangkan (mendesak) Nik Aziz memberi laluan pada pemimpin yang lebih cergas otaknya.

Sabtu, 5 Jun 2010

GAZA : Penyatuan UMNO dan PAS untuk fisabilillah

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada kapal-kapal bantuan Gaza dilihat sebagai sikap sebenar israel pada masyarakat dunia. Sikap yang tiada menghormati kepada demokrasi sejagat. Israel menganggap misi keamanan dan bantuan yang dibawa adalah untuk mengganggu penguasaan mereka ke atas rakyat Palestin.
Bagaimanapun satu perkara yang amat jelas dilihat, bila diselidiki kapal-kapal dan sukarelawan-sukarelawan yang ditahan israel itu adalah dari kalangan rakyat malaysia. Samada benar atau tidak salah satu kapal bantuan itu ditaja oleh Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir. Manakala antara sukarelawan-sukarelawan pula selain dari 2 orang wartawan astro, adalah dari ahli-ahli UMNO dan PAS yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat Islam di Palestin.
Disini telah jelaslah bahawa demi masyarakat Islam makanya pandangan politik yang berbeza telah dibuang hanyut ke laut atau mungkin ditinggalkan sementara di Selat Teberau. Demi masyarakat Islam Palestin sukarelawan UMNO PAS ini telah bersama melihat kekejaman zionis yang langsung tidak menghormati hak asasi manusia.
Harapannya disini, jadikanlah misi kemanusiaan itu sebagai satu pentunjuk dan iktibar yang cukup sempurna apabila menilai kepada kemakmuran negara Malaysia hari ini. Apakah Allah SWT mahu menjadikan pengajaran kepada kita umat Islam di Malaysia? Sudah tiba masanya haluan yang berbeza ini disatukan kepada satu arah...."Islam adalah agama rasmi Malaysia dan agama lain tidak dilarang untuk dianuti".
Alhamdulillah...dengan jaringan diplomatik yang baik antara negara Malaysia-Jordan, maka sukarelawan-sukarelawan Islam ini dapat kembali dengan selamat. Insyaallah....

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

Daulat Tuanku.
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan isteri, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi tabik hormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka pada 5hb. Jun 2010.

Isnin, 24 Mei 2010

Lompat Parti : Selesai Tapi Tak Puas Hati





Selama ini, PKR disisihkan tidak diberi perhatian dan ini mengakibatkan kebanyakan ADUN PKR berasa tidak puas hati. Sekarang PR harus ingat walaupun sumbangan PKR kepada PR Kedah hanya 20 peratus tetapi tanpa jumlah itu, Pas tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan di Kedah.
“Agihkan peruntukan dan beri bantuan kepada semua ADUN dengan adil. Dengan cara itu semua rakyat dapat di bantu. Dalam satu parti politik, semua parti yang bergabung harus bekerjasama. Sekira ini tidak dapat dilaksanakan, tidak ada gunanya gabungan itu diwujudkan,” kata Lim Soo Nee ADUN Kulim dalam 'usrah' yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam.
Mungkin dengan amaran dari ADUN PKR Kulim itu barulah Azizan tersentak dalam tepukan gemuruh penyokong-penyokong PAS yang mendominasi 'majlis usrah' di Kota Sarang Semut. Soo Nee benar-benar telah menggunakan pentas 'DUN Kedah Bubar' untuk memberi gambaran yang jelas kepada kepimpinan PAS tentang masalah pentadbiran dan kepimpinan Kerajaan Negeri PAS. Supaya Kerajaan PAS Kedah tidak menganaktirikan PKR dalam urusan pengagihan kekayaan kepada PR.

Soo Nee juga mengajak Azizan supaya tidak menyalahkan orang yang mahu lompat parti. Sebaliknya mengkaji kenapa orang itu mahu lompat parti. Manakala saranan Soo Nee supaya diadakan 'post mortem' bagi melihat kembali kepincangan Kerajaan PAS Kedah telah ditolak dengan lembut oleh Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah serta Azizan.

Nampaknya majlis 'usrah' di Kota Sarang Semut selesai tapi tiada penyudahnya. kerana PAS yang mendominasikan majlis itu bagaikan menjawab pantun secara kiasan sahaja tanpa memberikan jawapan yang pasti.

Bagaimanapun yang akan meninggalkan kesan bukanlah soal lompat parti tapi ceritera katak, jebon dan ketam batu azizan yang bila didengar sedap perut untuk ketawa tetapi sebaiknya itu adalah jawapan azizan kepada 4 katak yang dikatakan akan melompat masuk ke dalam lubang ketam batu tetapi telah sempat ditangkap oleh jebon yang perangai jebon ini suka makan kepala saja....hidup-hidup!

Ahad, 16 Mei 2010

Sambutan Hari Belia terbesar





PUTRAJAYA 15 Mei – Sambutan Hari Belia Negara 2010 pada hari kedua karnival itu diadakan cukup meriah dengan puluhan ribu pengunjung membanjiri lokasi-lokasi program di sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Sambutan kali ini begitu bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa melawat setiap lokasi program yang dianjurkan.

Beliau diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersama dua timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng.

Lokasi pertama yang dilawatinya adalah Gelanggang Futsal Putrajaya di mana berlangsungnya Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!

Kehadiran Perdana Menteri ternyata dinanti-nantikan oleh ribuan belia terdiri daripada pemain dan penonton yang membanjiri kompleks futsal itu.

Najib menyifatkan program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Dengan adanya sambutan Hari Belia Negara, corak seperti ini terbukti amat tepat kerana mendapat sambutan luar biasa dan luar dugaan,” katanya.

Sebanyak 88 acara dan aktiviti menanti pengunjung sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya bermula semalam hingga Ahad ini.

Perdana Menteri seterusnya meluangkan masa menyaksikan aksi drift menerusi Cabaran Good Year anjuran Kelab Sukan Bermotor Integrasi di Presint 3.

Beliau kemudiannya melancarkan Myideas serta Kreatif GiG‘S di pekarangan Menara KBS yang merupakan program usahasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam memperkasakan lagi golongan belia negara.

Seterusnya Persiaran Perdana Presint 3 menjadi persinggahan Perdana Menteri yang mengunjungi gerai-gerai jualan dan pameran pelbagai institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Perdana Menteri, menyampaikan Anugerah Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Anugerah sempena Hari Belia Negara 2010 itu adalah sebagai satu bentuk pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia dan organisasi mereka yang cemerlang serta berjasa kepada pembangunan belia di negara ini.

Belia Jaguh Negara

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=498166

Sambutan Hari Belia Negara 2010 selama dua hari yang bermula hari ini adalah satu pengiktirafan kepada belia di negara ini.

Meskipun ia adalah satu era penuh cabaran kepada belia hari ini, dengan ramai yang terdedah kepada gejala negatif, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Datuk Fathul Razi Haji Bakri berpendapat di sebaliknya.

"Meskipun ramai belia hari ini sering dikaitkan dengan masalah sosial, namun bagi JBS masih ramai belia yang menempa kejayaan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan adalah penjana kepada nilai dan ekonomi negara," katanya kepada Bernama.

"Mungkin ianya tidak melibatkan pencapaian yang boleh diukur mengikut semasa menyebabkan kurangnya tumpuan pihak media. Jika ada berita-berita mengenai anak muda, ia lebih kepada gejala sosial seperti buang bayi, rempit dan dadah.

"Seolah-olah yang negatif sahaja. Sedangkan pencapaian mereka dalam sesuatu bidang tidak ditonjolkan.

Saya fikir, kita perlu ada perubahan minda supaya kecemerlangan anak muda dapat ditonjolkan," ulas beliau.

MENDEKATI BELIA

Mengambil pendekatan memahami golongan anak muda, JBS kini menumpukan kegiatannya kepada golongan muda yang berada dalam organisasi seni kreatif, NGO belia, agensi kerajaan dan swasta.

JBS menyedari bahawa gerakan belia hari ini penuh dengan kreativiti dan inovasi dalam apa jua aktiviti mereka, yang menurut beliau adalah selaras dengan pemilihan tema pada tahun ini 'Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara'.

Malahan, kata Fathul Razi, belia hari ini masih perlu terus diberi bimbingan dan pimpinan, ruang dan peluang untuk menjana inovasi dan kreativiti mereka.

Belia mengikut garis panduan Dasar Belia Negara adalah mereka yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun hendaklah juga diberi sokongan dari segi potensi dan sekaligus menjadikan mereka model ataupun idola kepada anak muda yang lain.

Bagaimanapun, menurut Fathul Razi, cabaran untuk menjadikan mereka sebagai modal insan adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian dan kecemerlangan golongan ini.

Di sinilah Fathul Razi percaya bahawa 'model ikutan' boleh banyak membantu selain daripada menjalani proses latihan, pendedahan dan galakan.

TIDAK TERBATAS KEPADA SUKAN

Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sukan dan juga belia, Fathul Razi turut berharap agar persepsi yang mengatakan kementerian dan JBS melebihkan pembangunan sukan daripada pembangunan belia.

Beliau berpendapat, kurangnya hebahan atau maklumat mengenai kejayaan belia selain di bidang sukan adalah antara faktor yang menunjukkan seolah-olah pihaknya melebihkan pembangunan sukan.

Menurutnya, gerak kerja KBS adalah seimbang dan berterusan berasaskan kepada peruntukan yang diperoleh dan tidak ada perbezaan dengan peruntukan pembangunan sukan.

"Pembangunan belia digerakkan di setiap peringkat di daerah dan negeri. Ruang-ruang pembangunan belia bertumpu kepada keusahawanan dan kemahiran selain program Rakan Muda berasaskan keperluan dan kehendak anak muda.

BELIA ELIT

Pihak kementerian kini dalam usaha melahirkan golongan belia elit iaitu menerusi sistem memberikan bintang (star rating) kepada persatuan-persatuan yang dianggap cemerlang. Selain itu, latihan berterusan akan diberikan kepada kelompok yang berpotensi dijadikan 'model ikutan'.

Menerusi kesedaran berterusan, barulah para belia akan melihat peri pentingnya mereka menyediakan diri, dan menyumbang secara positif kepada negara, kepada masa depan mereka sendiri dan generasi seterusnya.

Selain itu, JBS sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam merangka dan mengurus program pembangunan belia telah mengambil inisiatif mewujudkan program "Generasi Bebas Jenayah" dengan memberi sasaran kepada golongan belia dan remaja yang berumur dari 13 hingga 40 tahun, khususnya belia-belia tidak berpersatuan dan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk terlibat dengan perlakuan jenayah.

Menurut Fathul Razi,pendekatan program ini adalah satu langkah yang proaktif oleh pihak kementerian bagi memastikan anak muda negara mempunyai kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah dan sebagai satu tindakan pencegahan jenayah oleh belia di peringkat komuniti.

Program "Generasi Bebas Jenayah" diharap dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tanggungjawab sosial bagi membanteras jenayah dalam masyarakat dan membantu merealisasikan generasi muda yang bebas daripada jenayah.

Malah pihak kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak RELA untuk melatih 3,000 belia sebagai RELA Muda yang akan mempunyai pengetahuan dalam kerja-kerja sukarela dan boleh menyumbang sekiranya berlaku bencana alam.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

SAMBUTAN HARI BELIA

Hari Belia Negara tahun ini dijangka dihadiri kira-kira 250,000 belia dari seluruh negara. Acara kemuncak sambutan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya dengan perhimpunan Hari Belia Negara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 88 acara dan aktiviti dirancang sehingga 16 Mei yang termasuk kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan, kreatif dan inovatif serta kemajuan dan pengiktirafan belia.

Khamis, 13 Mei 2010

JUDI BOLA : Pandangan Datuk Harussani disokong PKR

Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak. Pandangan Mufti Perak ini disokong sebulat-bulatnya oleh PKR.

Sebenarnya ramai juga yang sokong. Ramai yang berpandangan bahawa judi bola ini tidak sepatutnya diadakan.

tetapi yang syoknya ialah kenyataan oleh 'orang-orang' PKR yang menyokong Mufti Perak ini bagaikan mereka lupa dengan maki-hamun, caci maki & sumpah seranah mereka pada Mufti ini bila beliau menegur sikap pemimpin PAS yang tak mahu mewujudkan KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS. sehingga ada yang melabelkan Datuk Harussani sebagai tali barut @ kuda tunggangan UMNO. Tapi hari ini Harussani dijunjung & dijulang kerana menegur berkaitan Judi Bola.

PEMBERITAHUAN : Sikap dayus, bacul, pondan 'orang-orang' PKR islam yang sanggup menjilat balik apa yang mereka muntahkan pada Harussani lebih keji dari kata-kata DAP yang menghalang "HUDUD PAS".

PEMBETULAN : Judi Bola belum diluluskan atau dilaksanakan. jadi mengapa 'orang-orang' PKR dah dok menyalak mendayu-dayu.

MAKLUMAN : Cubalah tanya pada Azizan MB Kedah, dah tentu dia akan jawab "SAYA TAK TAU".

Rabu, 12 Mei 2010

KES PELANCONG MALAYSIA DI HALANG KE DANOK



Para pengusaha van dari Thailand bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.
Apa yang dilakukan bagaikan samseng jalanan. biarpun akan menyekat pelancongan di negara mereka sendiri, tetapi pengusaha dari siam ini bagaikan tidak menghormati undang-undang negara Malaysia (tempat mereka cari makan). sebaiknya Kerajaan Negeri Kedah selaku negeri yang bersempadan dengan siam mengambil tindakan tegas berkaitan perkara ini. tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. sikap berdiam diri atau mungkin "tak tau" MB Kedah menyebabkan mereka yang mencari makan di Kedah boleh tunjuk taring dengan kerajaan negeri. akhirnya apa yang akan dilakukan adalah dengan menuding jari kepada agensi kerajaan pusat yang menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Dimanakah exco pelancongan negeri kedah? apakah yang dia dok buat. silap2 masa kejadian exco nie pulak dok dalam siam. meninjau. sebab itulah dia dok diam. sebaiknya PAS kena sedar dah bahawa mereka sedang memerintah negeri kedah. kena buat kerja la. jangan dok makan gaji saja. entah la. aku pun "tak tau".

PKR terus terima tamparan, 1,700 lagi ahli keluar parti

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,700 ahlinya di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan mereka khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang keluar parti itu melibatkan ahli-ahli masyarakat India dari 10 cawangan PKR iaitu Jalan Kutta Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sg. Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Turut dibubarkan ialah PKR cawangan Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Seorang usahawan, Letchumanan Kattu Raja, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan PKR cawangan dan jawatankuasa terbabit dibuat serta-merta selepas mendapat mandat majoriti daripada ahlinya yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR,

Katanya, kesemua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan secara tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

Membawa Perubahan Sempena Ulangtahun UMNO



“Untuk sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman… bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi.
“Kerana sayangkan UMNO, sanggup berjuang habis-habisan. Sayang UMNO mesti jadi pejuang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” Ucapan YAB Presiden UMNO semasa majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.
sebelum itu, YAB PM juga telah menasihatkan semua ahli UMNO untuk berani & mahu membuat perubahan demi untuk memenangi hati rakyat Malaysia serta bagi kelangsungan BN memerintah negara.

UMNO telah melalui pelbagai dugaan semasa penubuhannya. manakala semua dugaan itu telah berjaya diatasi berkat dari kesetiaan dan penyatuan semua ahli UMNO. maka bersempena dengan ulangtahun ke-64 UMNO maka perlu ada tranformasi bagi menjadikan UMNO terus dominan. kefahaman dan komitmen semua ahli kepada hasrat 1 MALAYSIA : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus menjadi agenda utama untuk menjadi JUARA RAKYAT.
Pemimpin-Pemimpin UMNO disemua peringkat hendaklah menyusun program untuk bersama dengan akar umbi dan rakyat keseluruhannya untuk menyampaikan maklumat juga mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat mengikut saluran agensi kerajaan sedia ada.
Memetik kata-kata Dato' Paduka Hj Md Rozai Shafian Ketua UMNO Bahagian Pendang, "semua harus bekerja untuk memenangi pilihanraya tanpa mengira disebelah mana pemimpin yang disokongnya. kerana pilihanraya datang dahulu dari pemilihan bahagian. setelah memenangi pilihanraya, maka saya serahkan semua kuasa memilih untuk melihat siapakah yang ahli-ahli UMNO mahukan sebagai ketua mereka". Inilah kata-kata seorang pemimpin yang harus dipuji kerana mementingkan parti daripada diri sendiri. maka sikap begini haruslah dicontohi oleh semua ahli UMNO.
Diakhir bicara ini saya ucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah membawa Malaysia ke landasan yang semakin baik, mengekalkan keamanan dan keharmonian semua kaum dan berupaya meningkatkan ekonomi Malaysia. Untuk semua ahli UMNO, marilah kita semua bekerja bersama pemimpin kita kerana semua manusia dilahirkan sebagai pemimpin.
selamat ulangtahun ke-64 UMNO

Isnin, 26 April 2010

Peralihan Sokongan Kepada BN




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sifatkan kejayaan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor sebagai kemenangan yang membawa serti yang besar kepada BN.

“Kalau kita lihat pada 2008 dan kali ini bukti sudah berlaku peralihan sokongan kepada BN menghampiri 2,000 undi.

“Kita bertanding di sebuah negeri pembangkang, kalau dulu kita bertanding di negeri yang kita kuasai dengan kemenangan ini kita bersungguh-sungguh untuk memenuhi amanat rakyat yang kita mesti ambil serius dan laksanakan semua janji serfta jangkaan dan harapan rakyat dari segi kebajikan dan pembangunan,” katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan keputusan PRK Hulu Selangor di Kompleks Serbaguna Hulu Selangor, di sini, malam ini.

Pengerusi BN itu berkata, kejayaan itu membuktikan pengundi tidak menerima budaya fitnah. “Tahniah kepada jentera BN dan semua komponen parti, termasuk semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung terlibat.

“Lihat calon berwibawa perwatakannya cepat menawan hati penduduk dan saya yakin ‘kamal’ mampu melaksanakkan tanggungjawab serta dapat mengetengahkan masyarakat Hulu Selangor.”

Menjawab satu soalan, Perdana Menteri akui sokongan pengundi cina kurang.

Beliau seterusnya berkata, BN akan membuat analisa dan tidak mahu membuat kesimpulan dengan cepat. “Walaupun di peti undi kawasan Cina kita kalah, saya percaya berlaku peningkatan. Saya tengok pada Hari Penamaan Calon dan pengumuman keputusan malam ini sudah ada perubahan.

“Saya yakin majoriti akan bertambah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau kita buat kerja, tentu tiada masalah.”