selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Rabu, 12 Mei 2010

Membawa Perubahan Sempena Ulangtahun UMNO



“Untuk sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman… bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi.
“Kerana sayangkan UMNO, sanggup berjuang habis-habisan. Sayang UMNO mesti jadi pejuang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat,” Ucapan YAB Presiden UMNO semasa majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC.
sebelum itu, YAB PM juga telah menasihatkan semua ahli UMNO untuk berani & mahu membuat perubahan demi untuk memenangi hati rakyat Malaysia serta bagi kelangsungan BN memerintah negara.

UMNO telah melalui pelbagai dugaan semasa penubuhannya. manakala semua dugaan itu telah berjaya diatasi berkat dari kesetiaan dan penyatuan semua ahli UMNO. maka bersempena dengan ulangtahun ke-64 UMNO maka perlu ada tranformasi bagi menjadikan UMNO terus dominan. kefahaman dan komitmen semua ahli kepada hasrat 1 MALAYSIA : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus menjadi agenda utama untuk menjadi JUARA RAKYAT.
Pemimpin-Pemimpin UMNO disemua peringkat hendaklah menyusun program untuk bersama dengan akar umbi dan rakyat keseluruhannya untuk menyampaikan maklumat juga mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat mengikut saluran agensi kerajaan sedia ada.
Memetik kata-kata Dato' Paduka Hj Md Rozai Shafian Ketua UMNO Bahagian Pendang, "semua harus bekerja untuk memenangi pilihanraya tanpa mengira disebelah mana pemimpin yang disokongnya. kerana pilihanraya datang dahulu dari pemilihan bahagian. setelah memenangi pilihanraya, maka saya serahkan semua kuasa memilih untuk melihat siapakah yang ahli-ahli UMNO mahukan sebagai ketua mereka". Inilah kata-kata seorang pemimpin yang harus dipuji kerana mementingkan parti daripada diri sendiri. maka sikap begini haruslah dicontohi oleh semua ahli UMNO.
Diakhir bicara ini saya ucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah membawa Malaysia ke landasan yang semakin baik, mengekalkan keamanan dan keharmonian semua kaum dan berupaya meningkatkan ekonomi Malaysia. Untuk semua ahli UMNO, marilah kita semua bekerja bersama pemimpin kita kerana semua manusia dilahirkan sebagai pemimpin.
selamat ulangtahun ke-64 UMNO

Tiada ulasan: