selamat datang

ruangan ini adalah untuk bersama menyatakan pendirian. biarpun mungkin pahit tapi harap manis juga akhirnya

Ahad, 2 Oktober 2011

TITAH TUANKU SULTAN KEDAH

DYMM Tuanku Sltan Kedah telah bertitah dalam majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM.
""Sejarah tidak wajar dipolitikkan. Jika sejarah menyatakan komunis menyerang rakyat dan anggota keselamatan suatu ketika dahulu, janganlah pula kita menyatakan sebaliknya dan menghalalkan kekejaman komunis."

Jelas sudah Tuanku Sltan mahu isu komunis yang dibawa oleh Mat Sabu dengan pujiannya ditolak oleh rakyat. Bukan setakat rakyat Kedah sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia. Bukan bermakna Tuanku Sultan mahu mencampuri urusan politik pemerintah tetapi titah baginda adalah selari dengan mensejahterakan rakyat pelbagai bangsa di Negara ini. Jadi sebaiknya pihak yang berkaitan hendaklah mengambil iktibar supaya jangan mengagungkan pihak yang telah banyak melukakan, menyiksa malahan membunuh puluhan ribu orang awam yang tak bersalah hanya untuk kuasa.

Ahad, 14 November 2010

Apakah? : Hadi Awang Penyokong Kafir

Sekian lamanya, blog ini tidak disentuh. Hanya kerana inginkan tumpuan pada kerja yang lebih kepada masyarakat. Tetapi hari ini satu kejutan akan berlaku...

Apakah akan marah ahli-ahli PAS apabila melihat tajuk di atas. PAStinya marah. Apakah akan marah orang-orang Islam @ muslim @ mukmin apabila dikatakan dia kafir. Dah tentunya dia marah. Tetapi apakah yang akan diakatakannya apabila yang menuduh orang Islam sebagai kafir itu adalah orang yang disanjung sebagai ulamak. Apakah lidah seorang ulamak itu begitu ringan untuk menyebut orang yang lain yang bukan dalam kelompoknya sebagai kafir. Apakah apabila digelar sebagai ulamak dengan mudahnya boleh menjatuhkan hukum kafir pada orang lain. Apakah semua orang mengiktirafkan manusia ini sebagai ulamaknya.????
Sedih bila membaca harakah (lidah PAS) apabila pemimpin yang namanya dihormati, akhirnya tersungkur dengan keserakahan nafsu, kegelojohan hati akibat mengikut dari telunjuk iblis laknatullah..... "kalau sama sahaja kita dengan UMNO, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah....." (harakah 13/11/2010).
Bila membaca lidah-lidah syaitan seorang guru ini maka timbul kesedaran bahawa PAS yang dizahirkan mewakili orang-orang Islam akan menjadi Parti Yahudi. Kerana sikap Yahudi yang menolak Muhammad SAW sebagai Nabi dan merampas dengan mengikut perancangan syaitan adalah nyata. Apakah ini wajah pemimpin yang sedang memuncak untuk menjadikan Malaysia seperti Palestin. Apakah Hadi Awang lebih mendewa-dewakan Kafir DAP dan mengkafirkan orang Islam yang lain???
Allahuakbar.... azan zohor telah bergema.
saya tinggalkan untuk renungan Hadi Awang dan sesiapa yang membaca tulisan ini dengan satu Hadis dari Abu Dawud & At-Tabarani :"Rasulallah SAW berkata : Dan sesiapa yang berkata kepada orang mukmin apa yang tidak ada padanya, maka Allah menempatkannya di dalam keringatnya ahli-ahli negaka hingga ia keluar dari apa yang dikatakan".

Jumaat, 25 Jun 2010

PAS Kepanasan, 40 Ulamak Sertai UMNO




http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/gallery/index3.php#

Apa yang nak dikatakan lagi. Yang terang lagikan bersuluh. Segala-galanya dah terjawab. ULAMAK MASUK UMNO. Satu berita yang menggembirakan. Satu tsunami yang menggoncang pemikiran orang-orang PAS. Mengapa ulamak masuk UMNO? Mengapa tak masuk PAS?!!!
Kini dah jelaslah pada kita, bahawa golongan muda yang banyak menimba ilmu agama telah dapat melihat dengan jelas apakah wadah sebenar perjuangan PAS. Ulamak PAS bukannya ulamak agama tetapi ulamak politik yang berjanggut (katanya ikut sunnah) dengan minda dan hati busuk untuk mengejar katamakan kuasa sahaja. Bukan perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Tetapi berjuang untuk mengembongkan perut dengan cara 'memperbodohkan rakyat' yang dahagakan Islam sebenar. Hakikatnya pada hari ini, golongan ulamak PAS akan berusaha untuk mengkafirkan lagi ulamak-ulamak muda yang masuk UMNO.
Yang Benar tetap Akan Benar. Jika semakin lantang orang-orang PAS mengkafirkan ahli UMNO maka akan semakin banyaklah pula Ulamak-Ulamak berpelukan dengan sahabat kafir mereka.
Selepas ini sudah tentu akan berlaku bermacam-macam roadshow dari ulamak-ulamak PAS untuk 'cover' balik fenomena yang berlaku. Dan tentunya dalam jelajah mereka ini, akan mengaitkan keburukan ulamak-ulamak muda (yang telah terang dengan sikap busuk ulamak PAS) akan dijadikan sebagai role model untuk ejekan dan penghinaan. Bersabarlah ulamak muda. Ini adalah dugaan pertama yang akan dilalui apabila kita bersama-sama mahu menegakkan kebenaran Islam. Ambillah contoh pada diri Datuk Harussani, biarpun dicaci, dipersenda, dikafirkan oleh ulamak-ulamak PAS, tetapi beliau tetap berdiri dengan teguh. Kerana beliau faham dan telah masak dengan kebusukan hati ulamak-ulamak PAS.

Rabu, 9 Jun 2010

NIK AZIZ DAPAT LAMPU HIJAU








KOTA BARU: Peranan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pentadbiran kerajaan negeri itu masih memerlukan kepimpinan dan ketokohan Nik Abdul Aziz.
"Kami di Kelantan masih berharap agar Tok Guru (Nik Abdul Aziz) kekal (sebagi Menteri Besar).
"Rakyat Kelantan amat memerlukan ketokohan Tok Guru... Jadi kami harap sangat agar Tok Guru terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya kepada mStar Online

Begitu diplomatik dan sopannya cara ulasan Timb. Pesuruhjaya PAS 3 PAS Kelantan untuk memberitahu dan mengumumkan 'keperluan' kepada Nik Aziz. Dalam riuh takbir penyokong2 PAS, sebenarnya mereka telah terlepas pandangan bahawa itu adalah isyarat terakhir Dato Mohd Amar kepada Nik Aziz. Hanya Lambaian senyuman pahit sahaja yang mampu diberikan oleh Nik Aziz atas ucapan diplomatik itu. Apa yang dapat nak dikatakan lagi, sudah adatnya begitu, lama dan nyanyuknya Nik Aziz sudah mula dirasai oleh golongan 'muda'nya.

Tetapi bagi pihak yang berlawanan seperti Barisan Nasional 'permintaan' Pesuruhjaya PAS 3 itu akan mengurangkan kelemahan dalam PAS. Tentunya juka Nik Aziz berundur, maka akan semakin hilanglah 'pembohongan ulamak PAS pada rakyat dan anggukan takut PAS pada orang kafir DAP. Rugilah macam nie.

Bagi pemimpin-pemimpin PKR sudah tentu lain pula, pengunduran Nik Aziz akan membuka ruang yang lebih luas untuk merekrut ahli PKR dari kalangan ahli-ahli PAS. Kerana jika masa kekuasaan Nik Aziz tentunya pemimpin-pemimpin PAS tak berani nak lebih mesra dengan Anwar, dan Anwar juga tentunya malu untuk bersemuka dengan NIk Aziz yang lebih suka pintu depan dari pintu belakang.

Bagaimanapun tahniah pada Dato mohd Ammar kerana beliau adalah anak jantan PAS pertama yang berani bersuara bagi membayangkan (mendesak) Nik Aziz memberi laluan pada pemimpin yang lebih cergas otaknya.

Sabtu, 5 Jun 2010

GAZA : Penyatuan UMNO dan PAS untuk fisabilillah

Kekejaman yang dilakukan oleh Israel kepada kapal-kapal bantuan Gaza dilihat sebagai sikap sebenar israel pada masyarakat dunia. Sikap yang tiada menghormati kepada demokrasi sejagat. Israel menganggap misi keamanan dan bantuan yang dibawa adalah untuk mengganggu penguasaan mereka ke atas rakyat Palestin.
Bagaimanapun satu perkara yang amat jelas dilihat, bila diselidiki kapal-kapal dan sukarelawan-sukarelawan yang ditahan israel itu adalah dari kalangan rakyat malaysia. Samada benar atau tidak salah satu kapal bantuan itu ditaja oleh Mantan PM Malaysia, Tun Mahathir. Manakala antara sukarelawan-sukarelawan pula selain dari 2 orang wartawan astro, adalah dari ahli-ahli UMNO dan PAS yang mempunyai semangat untuk membantu masyarakat Islam di Palestin.
Disini telah jelaslah bahawa demi masyarakat Islam makanya pandangan politik yang berbeza telah dibuang hanyut ke laut atau mungkin ditinggalkan sementara di Selat Teberau. Demi masyarakat Islam Palestin sukarelawan UMNO PAS ini telah bersama melihat kekejaman zionis yang langsung tidak menghormati hak asasi manusia.
Harapannya disini, jadikanlah misi kemanusiaan itu sebagai satu pentunjuk dan iktibar yang cukup sempurna apabila menilai kepada kemakmuran negara Malaysia hari ini. Apakah Allah SWT mahu menjadikan pengajaran kepada kita umat Islam di Malaysia? Sudah tiba masanya haluan yang berbeza ini disatukan kepada satu arah...."Islam adalah agama rasmi Malaysia dan agama lain tidak dilarang untuk dianuti".
Alhamdulillah...dengan jaringan diplomatik yang baik antara negara Malaysia-Jordan, maka sukarelawan-sukarelawan Islam ini dapat kembali dengan selamat. Insyaallah....

SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

Daulat Tuanku.
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan isteri, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi tabik hormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka pada 5hb. Jun 2010.

Isnin, 24 Mei 2010

Lompat Parti : Selesai Tapi Tak Puas Hati





Selama ini, PKR disisihkan tidak diberi perhatian dan ini mengakibatkan kebanyakan ADUN PKR berasa tidak puas hati. Sekarang PR harus ingat walaupun sumbangan PKR kepada PR Kedah hanya 20 peratus tetapi tanpa jumlah itu, Pas tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan di Kedah.
“Agihkan peruntukan dan beri bantuan kepada semua ADUN dengan adil. Dengan cara itu semua rakyat dapat di bantu. Dalam satu parti politik, semua parti yang bergabung harus bekerjasama. Sekira ini tidak dapat dilaksanakan, tidak ada gunanya gabungan itu diwujudkan,” kata Lim Soo Nee ADUN Kulim dalam 'usrah' yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam.
Mungkin dengan amaran dari ADUN PKR Kulim itu barulah Azizan tersentak dalam tepukan gemuruh penyokong-penyokong PAS yang mendominasi 'majlis usrah' di Kota Sarang Semut. Soo Nee benar-benar telah menggunakan pentas 'DUN Kedah Bubar' untuk memberi gambaran yang jelas kepada kepimpinan PAS tentang masalah pentadbiran dan kepimpinan Kerajaan Negeri PAS. Supaya Kerajaan PAS Kedah tidak menganaktirikan PKR dalam urusan pengagihan kekayaan kepada PR.

Soo Nee juga mengajak Azizan supaya tidak menyalahkan orang yang mahu lompat parti. Sebaliknya mengkaji kenapa orang itu mahu lompat parti. Manakala saranan Soo Nee supaya diadakan 'post mortem' bagi melihat kembali kepincangan Kerajaan PAS Kedah telah ditolak dengan lembut oleh Ahmad Kassim Pengerusi PKR Kedah serta Azizan.

Nampaknya majlis 'usrah' di Kota Sarang Semut selesai tapi tiada penyudahnya. kerana PAS yang mendominasikan majlis itu bagaikan menjawab pantun secara kiasan sahaja tanpa memberikan jawapan yang pasti.

Bagaimanapun yang akan meninggalkan kesan bukanlah soal lompat parti tapi ceritera katak, jebon dan ketam batu azizan yang bila didengar sedap perut untuk ketawa tetapi sebaiknya itu adalah jawapan azizan kepada 4 katak yang dikatakan akan melompat masuk ke dalam lubang ketam batu tetapi telah sempat ditangkap oleh jebon yang perangai jebon ini suka makan kepala saja....hidup-hidup!

Ahad, 16 Mei 2010

Sambutan Hari Belia terbesar





PUTRAJAYA 15 Mei – Sambutan Hari Belia Negara 2010 pada hari kedua karnival itu diadakan cukup meriah dengan puluhan ribu pengunjung membanjiri lokasi-lokasi program di sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan ini.

Sambutan kali ini begitu bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa melawat setiap lokasi program yang dianjurkan.

Beliau diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek bersama dua timbalannya, Datuk Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng.

Lokasi pertama yang dilawatinya adalah Gelanggang Futsal Putrajaya di mana berlangsungnya Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!

Kehadiran Perdana Menteri ternyata dinanti-nantikan oleh ribuan belia terdiri daripada pemain dan penonton yang membanjiri kompleks futsal itu.

Najib menyifatkan program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Dengan adanya sambutan Hari Belia Negara, corak seperti ini terbukti amat tepat kerana mendapat sambutan luar biasa dan luar dugaan,” katanya.

Sebanyak 88 acara dan aktiviti menanti pengunjung sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya bermula semalam hingga Ahad ini.

Perdana Menteri seterusnya meluangkan masa menyaksikan aksi drift menerusi Cabaran Good Year anjuran Kelab Sukan Bermotor Integrasi di Presint 3.

Beliau kemudiannya melancarkan Myideas serta Kreatif GiG‘S di pekarangan Menara KBS yang merupakan program usahasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam memperkasakan lagi golongan belia negara.

Seterusnya Persiaran Perdana Presint 3 menjadi persinggahan Perdana Menteri yang mengunjungi gerai-gerai jualan dan pameran pelbagai institusi pengajian tinggi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Perdana Menteri, menyampaikan Anugerah Belia Negara 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Anugerah sempena Hari Belia Negara 2010 itu adalah sebagai satu bentuk pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia dan organisasi mereka yang cemerlang serta berjasa kepada pembangunan belia di negara ini.

Belia Jaguh Negara

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=498166

Sambutan Hari Belia Negara 2010 selama dua hari yang bermula hari ini adalah satu pengiktirafan kepada belia di negara ini.

Meskipun ia adalah satu era penuh cabaran kepada belia hari ini, dengan ramai yang terdedah kepada gejala negatif, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Datuk Fathul Razi Haji Bakri berpendapat di sebaliknya.

"Meskipun ramai belia hari ini sering dikaitkan dengan masalah sosial, namun bagi JBS masih ramai belia yang menempa kejayaan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi dan adalah penjana kepada nilai dan ekonomi negara," katanya kepada Bernama.

"Mungkin ianya tidak melibatkan pencapaian yang boleh diukur mengikut semasa menyebabkan kurangnya tumpuan pihak media. Jika ada berita-berita mengenai anak muda, ia lebih kepada gejala sosial seperti buang bayi, rempit dan dadah.

"Seolah-olah yang negatif sahaja. Sedangkan pencapaian mereka dalam sesuatu bidang tidak ditonjolkan.

Saya fikir, kita perlu ada perubahan minda supaya kecemerlangan anak muda dapat ditonjolkan," ulas beliau.

MENDEKATI BELIA

Mengambil pendekatan memahami golongan anak muda, JBS kini menumpukan kegiatannya kepada golongan muda yang berada dalam organisasi seni kreatif, NGO belia, agensi kerajaan dan swasta.

JBS menyedari bahawa gerakan belia hari ini penuh dengan kreativiti dan inovasi dalam apa jua aktiviti mereka, yang menurut beliau adalah selaras dengan pemilihan tema pada tahun ini 'Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara'.

Malahan, kata Fathul Razi, belia hari ini masih perlu terus diberi bimbingan dan pimpinan, ruang dan peluang untuk menjana inovasi dan kreativiti mereka.

Belia mengikut garis panduan Dasar Belia Negara adalah mereka yang berusia lingkungan 15 hingga 40 tahun hendaklah juga diberi sokongan dari segi potensi dan sekaligus menjadikan mereka model ataupun idola kepada anak muda yang lain.

Bagaimanapun, menurut Fathul Razi, cabaran untuk menjadikan mereka sebagai modal insan adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian dan kecemerlangan golongan ini.

Di sinilah Fathul Razi percaya bahawa 'model ikutan' boleh banyak membantu selain daripada menjalani proses latihan, pendedahan dan galakan.

TIDAK TERBATAS KEPADA SUKAN

Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sukan dan juga belia, Fathul Razi turut berharap agar persepsi yang mengatakan kementerian dan JBS melebihkan pembangunan sukan daripada pembangunan belia.

Beliau berpendapat, kurangnya hebahan atau maklumat mengenai kejayaan belia selain di bidang sukan adalah antara faktor yang menunjukkan seolah-olah pihaknya melebihkan pembangunan sukan.

Menurutnya, gerak kerja KBS adalah seimbang dan berterusan berasaskan kepada peruntukan yang diperoleh dan tidak ada perbezaan dengan peruntukan pembangunan sukan.

"Pembangunan belia digerakkan di setiap peringkat di daerah dan negeri. Ruang-ruang pembangunan belia bertumpu kepada keusahawanan dan kemahiran selain program Rakan Muda berasaskan keperluan dan kehendak anak muda.

BELIA ELIT

Pihak kementerian kini dalam usaha melahirkan golongan belia elit iaitu menerusi sistem memberikan bintang (star rating) kepada persatuan-persatuan yang dianggap cemerlang. Selain itu, latihan berterusan akan diberikan kepada kelompok yang berpotensi dijadikan 'model ikutan'.

Menerusi kesedaran berterusan, barulah para belia akan melihat peri pentingnya mereka menyediakan diri, dan menyumbang secara positif kepada negara, kepada masa depan mereka sendiri dan generasi seterusnya.

Selain itu, JBS sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam merangka dan mengurus program pembangunan belia telah mengambil inisiatif mewujudkan program "Generasi Bebas Jenayah" dengan memberi sasaran kepada golongan belia dan remaja yang berumur dari 13 hingga 40 tahun, khususnya belia-belia tidak berpersatuan dan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi untuk terlibat dengan perlakuan jenayah.

Menurut Fathul Razi,pendekatan program ini adalah satu langkah yang proaktif oleh pihak kementerian bagi memastikan anak muda negara mempunyai kesedaran mengenai bahaya perlakuan jenayah dan sebagai satu tindakan pencegahan jenayah oleh belia di peringkat komuniti.

Program "Generasi Bebas Jenayah" diharap dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai tanggungjawab sosial bagi membanteras jenayah dalam masyarakat dan membantu merealisasikan generasi muda yang bebas daripada jenayah.

Malah pihak kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak RELA untuk melatih 3,000 belia sebagai RELA Muda yang akan mempunyai pengetahuan dalam kerja-kerja sukarela dan boleh menyumbang sekiranya berlaku bencana alam.

Beliau berkata, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

SAMBUTAN HARI BELIA

Hari Belia Negara tahun ini dijangka dihadiri kira-kira 250,000 belia dari seluruh negara. Acara kemuncak sambutan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya dengan perhimpunan Hari Belia Negara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 88 acara dan aktiviti dirancang sehingga 16 Mei yang termasuk kesenian, ekspo dan pameran, sukan, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan, kreatif dan inovatif serta kemajuan dan pengiktirafan belia.